SELAMAT DATANG KE BLOG PSS SMK Datuk Undang Abdul Manap

Tuesday, March 27, 2012

PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM

Pada 13 Februari 2012 bersamaan dengan hari Isnin, telah diadakan perhimpunan bulanan kokurikulum peringkat sekolah. Perhimpunan ini telah dimulai dengan unit uniform Pengakap. Sehari sebelum perhimpunan bulanan ini, unit uniform Pengakap telah mengadakan perkhemahan di padang sekolah SMKDUAM. Guru-guru pembimbing Pengakap telah mengadakan pelbagai aktiviti di antaranya ialah latihan kawad kaki, pembinaan khemah, ikhtiar hidup dan sebagainya. Aktiviti ini dijalankan bagi memastikan ahli-ahli pengakap mempunyai jati diri yang kuat dan dapat berdikari pada masa hadapan.

Pada perhimpunan ini, Tuan Haji Mad Amin bin Mad Yusof, Pengetua SMKDUAM telah memeriksa baris kawad kaki unit uniform ini. Kesemua guru dan pelajar diwajibkan memakai pakaian unit uniform pada hari ini. Selepas perhimpunan, telah diadakan sesi pengambaran bagi guru-guru.