SELAMAT DATANG KE BLOG PSS SMK Datuk Undang Abdul Manap

Friday, July 31, 2009

Majlis Bacaan Yasin Sempena Peperiksaan Percubaan PMR

31 Julai 2009, majlis bacaan yasin pada hari ini bertujuan mendoakan semua pelajar PMR 2009 dapat menjawab dengan tenang dalam peperiksaan percubaan yang akan bermula pada 4 Ogos 2009. Kami, warga pendidik SMKDUAM sentiasa mendoakan anak didik kami berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan yang bakal diduduki. Semoga semua pelajar PMR dapat memberikan tumpuan sepenuhnya semasa peperiksaan berlangsung. Jaga diri, jaga kesihatan, berusahalah sehabis daya dan moga Allah memberkati usaha anda semua.