SELAMAT DATANG KE BLOG PSS SMK Datuk Undang Abdul Manap

Thursday, May 26, 2011

SAMBUTAN HARI GURU 2011 DAN MAJLIS KETIBAAN PENGETUA BARU SMKDUAM






Tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan tarikh keramat bagi semua guru-guru di Malaysia. Oleh yang demikian, SMKDUAM telah mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah pada 16 Mei 2011. Tema hari guru pada tahun ini ialah " Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara". Tarikh itu juga menjadi tarikh yang diingati oleh semua warga SMKDUAM kerana pengetua baru telah melaporkan diri untuk menjalankan tanggungjawab beliau di sekolah ini. Beliau yang dimaksudkan ialah Tuan Haji Mad Amin bin Mad Yusof. Diharapkan dengan kehadiran beliau ke SMKDUAM dapat menjadikan SMKDUAM sebagai sebuah sekolah yang cemerlang,gemilang dan terbilang di Malaysia, insyaALLAH. Selamat datang diucapkan kepada beliau. Untuk memeriahkan lagi majlis hari guru ini, pelbagai acara telah dijalankan seperti sukaneka, persembahan pelajar,persembahan khas guru baru dan juga penyampaian cenderahati kepada semua guru sumbangan daripada pihak pibg SMKDUAM. Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru yang menabur budi di SMKDUAM. Sama-samalah kita memartabatkan profesion perguruan di Malaysia.