SELAMAT DATANG KE BLOG PSS SMK Datuk Undang Abdul Manap

Thursday, May 26, 2011

MAJLIS PERPISAHAN PUAN HJH AISHAH BT ASHAARI (PENGETUA CERLANG SMK DUAM)






Titisan airmata tidak dapat menghalang pemergian Pn.Hjh Aishah bt Ashaari, Pengetua Cemerlang daripada meninggalkan bumi SMKDUAM. Pada tanggal 3 Mei 2011, pihak sekolah telah mengadakan satu majlis perpisahan khas untuk meraikan kenaikan pangkat Pengetua Cemerlang dan juga pertukaran beliau ke sekolah lain. Untuk memeriahkan majlis tersebut, berbagai-bagai aktiviti telah dijalankan. Di antaranya ialah, persembahan khas daripada guru-guru SMKDUAM, persembahan seloka dan juga persembahan daripada pelajar-pelajar SMKDUAM. Ucapan selamat bertugas di tempat baru diucapkan khas untuk mantan pengetua. Semoga berjaya di dalam usaha untuk memartabatkan profesion perguruan. Tahniah diucapkan sekali lagi.