SELAMAT DATANG KE BLOG PSS SMK Datuk Undang Abdul Manap

Thursday, May 21, 2009

SAMBUTAN HARI GURU

Pada 18 Mei 2009, sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan. Pelbagai acara telah dijalankan pada hari ini. Sambutan dimulakan dengan perhimpunan rasmi, senamrobik beramai-ramai, sukaneka, acara persembahan di dewan sekolah dan diakhiri dengan jamuan. Semoga semua guru di sekolah ini dapat meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa dengan penuh semangat selaras dengan tema hari guru pada tahun ini, iaitu Guru Pembina Negara Bangsa. Tahniah.