SELAMAT DATANG KE BLOG PSS SMK Datuk Undang Abdul Manap

Tuesday, March 27, 2012

MESYUARAT PIBG SMKDUAM 2012






Mesyuarat PIBG SMKDUAM telah diadakan pada 2 Mac 2012 bersamaan dengan hari Jumaat. Ramai ibu bapa dan penjaga telah menghadiri mesyuarat ini. Majlis perasmian Mesyuarat PIBG ini telah dilakukan oleh YB. Dato' Haji Hassan bin Malik, iaitu Ahli Parlimen Kuala Pilah. Mesyuarat ini telah berlangsung dengan meriahnya dan semua pihak memberikan kerjasama dengan baik sepanjang ianya berlangsung. Pada majlis ini, majlis penyampaian hadiah telah diadakan untuk memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di dalam Peperiksaan Menengah Rendah 2011. Semoga hubungan yang terjalin di antara pihak sekolah dengan ibu bapa akan terus berkekalan dan dapat dimurnikan lagi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah yang akan dijalankan kemudian hari. InsyaAllah...